Wednesday, June 15, 2011

Aktiviti SARJANA 2011 (JUN & JULAI)

Antara aktiviti yang telah dirancangkan sepanjang bulan Jun & Julai di SARJANA:

18 Jun 2011         Hari Profesionalisme SMAN di Hotel Seri Malaysia, Ipoh

23 Jun 2011         Pertandingan Kawad Kaki NGO daerah Perak Tengah

25 Jun 2011        Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SARJANA & Mesyuarat Agong PIBG 2011

1 Julai 2011 - 3 Julai 2011  Program Kem Pendidikan Islam PMR di Amir Chalet di Sitiawan

8 Julai 2011 - 9 Julai 2011 Perhimpunan Pesilat Negeri Perak di SM Teknik Teluk Intan

Sunday, June 12, 2011

Kesalahan Pelajar Menguasai Teknik Belajar Sejarah SPM

Semasa memeriksa kertas sejarah untuk peperiksaan pertengah tahun 2011, bolehlah dibuat kesimpulan beberapa kesalahan pelajar dalam menguasai teknik belajar Sejarah SPM 2011. Antaranya:

1. Pelajar mengulang kaji di saat akhir.

2. Tidak memberi fokus semasa proses pembelajaran & pengajaran dilaksanakan di dalam kelas.

3. Menjawab soalan esei dalam bentuk jadual atau 'point' sahaja.

4. Tidak membuat rangka jawapan.

5. Tidak memahami kehendak soalan.

6.Tidak menulis nombor pecahan jawapan dalam soalan esei.

7.Tidak menguasai fakta sejarah.

8. Tulisan pelajar sukar dibaca.

9. Hilang tumpuan dan minat kerana tidak bersedia untuk semua subjek.

Anda mestilah yakin kepada keupayaan dan kebijaksanaan anda. Yang membezakan keputusan anda dengan rakan anda ialah usaha dan strategi ketika menghadapi peperiksaan. Jangan cuai dan ambil mudah bagi semua matapelajaran terutama sekali sejarah kerana ia telah dikategorikan sebagai subjek teras. Beri tumpuan di dalam kelas, berdampinglah dengan guru dan cintailah ilmu. Barulah kemanisan ilmu dapat dirasai. Kejayaan hari esok bermula dari usaha hari ini. Untuk senang kemudian hari bersusahlah sedikit diwaktu sekarang. Selamat belajar dan semoga berjaya.....