Wednesday, August 3, 2011

10 RAMUAN UBAT PENCUCI DOSA


Hassan Basri telah bercerita bahawa suatu hari dia bersama seorang pemuda ahli ibadah berkeliling melalui jalan-jalan kecil dan beberapa pekan di negeri Basrah.

Tiba-tiba ia bertemu dengan seorang tabib yang sedang duduk diatas sebuah kerusi, di hadapannya ada beberapa orang lelaki, perempuan, dan kanak-kanak yang sedang memegang botol berisi air di tangan mereka. Setiap orang meminta tabib itu menyebutkan ramuan ubat bagi penyakit masing-masing.

Hasan Basri mara ke depan tabib itu dan berkata: Tuan tabib! Adakah tuan mempunyai ubat yang boleh mencuci dosa, serta menyembuhkan penyakit hati?".

Berkata Tabib itu: "Ya, saya ada". Lalu pemuda itu berkata: "Berilah pada saya".

Berkata Tabib itu: "Ambillah dari saya sebagai ramuannya sebanyak 10 perkara iaitu:

1.    Ambil oleh mu akar kayu fakir dan akar kayu tawaduk
2.    Campurkan dengan pencuci kotoran perut bernama taubat.
3.    Lalu masukkan semua ke dalam lesung redha
4.    Giling sampai halus dengan pengetam Qana'ah.
5.    Kemudian masukkan ke dalam periuk taqwa
6.    Tuangkan ke dalamnya air hayak (malu).
7.    Lalu didihkan dengan api mahabbah (cinta).
8.    Selepas itu pindahkan dia ke dalam mangkuk syukur
9.    Kipaskan dengan kipas angin rajak (harapan).
10.    Kemudian minumlah dia dengan sudu pujian.


Jika engkau perbuat semua itu, maka dia bermanfaat bagimu, untuk melindungi dirimu dari semua penyakit serta bala di dunia dan di akhirat".


"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada
kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami." (Ali Imran :
250)

Wednesday, June 15, 2011

Aktiviti SARJANA 2011 (JUN & JULAI)

Antara aktiviti yang telah dirancangkan sepanjang bulan Jun & Julai di SARJANA:

18 Jun 2011         Hari Profesionalisme SMAN di Hotel Seri Malaysia, Ipoh

23 Jun 2011         Pertandingan Kawad Kaki NGO daerah Perak Tengah

25 Jun 2011        Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SARJANA & Mesyuarat Agong PIBG 2011

1 Julai 2011 - 3 Julai 2011  Program Kem Pendidikan Islam PMR di Amir Chalet di Sitiawan

8 Julai 2011 - 9 Julai 2011 Perhimpunan Pesilat Negeri Perak di SM Teknik Teluk Intan

Sunday, June 12, 2011

Kesalahan Pelajar Menguasai Teknik Belajar Sejarah SPM

Semasa memeriksa kertas sejarah untuk peperiksaan pertengah tahun 2011, bolehlah dibuat kesimpulan beberapa kesalahan pelajar dalam menguasai teknik belajar Sejarah SPM 2011. Antaranya:

1. Pelajar mengulang kaji di saat akhir.

2. Tidak memberi fokus semasa proses pembelajaran & pengajaran dilaksanakan di dalam kelas.

3. Menjawab soalan esei dalam bentuk jadual atau 'point' sahaja.

4. Tidak membuat rangka jawapan.

5. Tidak memahami kehendak soalan.

6.Tidak menulis nombor pecahan jawapan dalam soalan esei.

7.Tidak menguasai fakta sejarah.

8. Tulisan pelajar sukar dibaca.

9. Hilang tumpuan dan minat kerana tidak bersedia untuk semua subjek.

Anda mestilah yakin kepada keupayaan dan kebijaksanaan anda. Yang membezakan keputusan anda dengan rakan anda ialah usaha dan strategi ketika menghadapi peperiksaan. Jangan cuai dan ambil mudah bagi semua matapelajaran terutama sekali sejarah kerana ia telah dikategorikan sebagai subjek teras. Beri tumpuan di dalam kelas, berdampinglah dengan guru dan cintailah ilmu. Barulah kemanisan ilmu dapat dirasai. Kejayaan hari esok bermula dari usaha hari ini. Untuk senang kemudian hari bersusahlah sedikit diwaktu sekarang. Selamat belajar dan semoga berjaya.....

Wednesday, March 9, 2011

KHABAR DARI SARJANA (Edisi 8)

WARDEN SARJANA 2011
A.F. Ustaz Hamdan B. Abdul  Aziz
(Ketua Warden)

A.F. Ustaz  Muhammad Hafiz B. Khushairi
(Biro Kebersihan)
En. Meor Mohamad Hakim B. Meor Lot
(Biro Keselamatan)
Pn. Fadzillah Bt. Hj. Salleh
(Biro Disiplin)
Pn. Nur Hedzlin Bt. Omar
(Biro Pendidikan)
Cik. Siti Noryawati Bt. Mohd Ariffin
(Biro Makanan)
Cik Nurul Syuhaiza Bt. Mohamad Kasmin
(Biro Sukan)

Cik Nabilatul Husna Bt. Azlan Hasni
(Biro Kebajikan)

En. Mohd Adzha Bin Abdul Manan
(Biro Makanan)
A.F. Muhammad Fahmi B. Mohamed Amin
(Biro Kerohanian)
Cik Sa'adiah Bt. Shaari
(Biro Kebersihan)





































































































































Tuesday, March 8, 2011

Gerak Pendekar (Tempur Bersenjata)


     Tempur Bersenjata Gayong Pusaka                                    Tempur Bersenjata Silat Lincah

Rilex Minda

Peringatan buat anak.....



Dari Guru Untuk Muridku (Bimbingan SPM 2011)

SOALAN SEJARAH PILIHAN MINGGU INI

(Bab 1 Sejarah Tingkatan 4)


1          (a)        Bagaimanakah pengaruh Hindu dan Buddha tersebar ke Asia Tenggara?

.................................................................................................................................

                      .................................................................................................................................
   [2 markah]
           

(b)        Apakah yang dimaksudkan dengan orde kosmos?

(i)         ......................................................................................................................
(ii)        ......................................................................................................................
                                                                                                    [2 markah]


(c)                Namakan dua kumpulan anak raja dalam pentadbiran pusat di Srivijaya.

(i)         .......................................................................................................................
(ii)        .......................................................................................................................
                                                                                                      [2 markah]


(d)        Jelaskan kepentingan bahasa Sanskrit pada zaman kerajaan awal di Asia Tenggara.

....................................................................................................................................

....................................................................................................................................

....................................................................................................................................
                                                                                                      [4 markah]

Skema jawapan struktur
(a)  Bagaimanakah pengaruh Hindu dan Buddha tersebar ke Asia Tenggara?

-                     Ksyatria/ tentera
-                     Vaisya/ pedagang
-                     Brahmin/ pendeta
-                     Asimilasi
(1 fakta 1m = 2 markah)


(b)        Apakah yang dimaksudkan dengan order kosmos?

-                     negara dianggap sebagai suatu alam semesta
-                     raja ialah pusat alam
-                     ibu kota pusat pemerintahan
-                     raja bertanggungjawab mengatur kesejahteraan negara dan rakyat (berpandukan Dharma)
                                                                                                     (1 fakta 1m = 2 markah)



(c)                Namakan dua kumpulan anak raja dalam pentadbiran pusat di Srivijaya.

-                     Yuvaraja
-                     Pratiyuvaraja
-                     Raja Kumara
-                     Rajaputra
                                                                                                     (1 fakta 1m = 2 markah)
 

(d)        Jelaskan kepentingan bahasa Sanskrit pada zaman kerajaan awal di Asia Tenggara.

-                     sebagai bahasa intelek
-                     sebagai bahasa ilmu / komunikasi
-                     menjelaskan keturunan raja / Batu Bersurat Kutei
-                     ajaran Buddha / Batu Bersurat Sungai Mas
-                     larangan menderhaka kepada raja /  inskripsi di Palembang
-                     arahan kepada rakyat / Batu Bersurat Lembah Bujang
-                     penyerapan perkataan Sanskrit ke dalam Bahasa Melayu
                                                                                                      (1 fakta 1m = 4 markah)