Monday, February 28, 2011

Rilex Minda

video

Tazkirah

Bacalah Al-Quran

Ramai antara kita menyimpan sekurang-kurangnya senaskah al-Quran di bilik masing-masing. Mungkin hanya sebilangan kecil sahaja daripada bilangan yang ramai itu menjadikan alQuran sebagai bacaan harian. Sebahagian daripadanya mungkin sudah berbulan-bulan tidak menyentuhnya dan mungkin ada juga yang hanya menyentuhnya setiap kali hari jumaat sahaja.

Selebihnya mungkin menjadikan al-Quran sebagai perhiasan sahaja. Sebagai muslim, kita semua tahu akan keistimewaan dan ganjaran membaca al-Quran. Tetapi mungkin kerana kelemahan kita untuk menguasai bahasa arab menyebabkan kita tidak tertarik untuk membaca sesuatu yang kita tidak faham.

Kebaikan membaca al-Quran sangat banyak, di antaranya ialah; bagi orang yang membaca al-Quran dengan maksud untuk menghafalnya dan dilakukan dengan susah payah maka baginya dua kali pahala, iaitu pahala membaca dan pahala susah payah dalam menghafalnya. Manakala orang yang membaca al-Quran dengan lisan yang tertatih-tatih dan rasa susah (gagap) maka baginya dua pahala juga.

Dari Ibnu Mas’ud ra, Rasulullah bersabda, ”Barang siapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah, maka akan mendapat hasanat dan setiap hasanat mempunyai 10 kali ganda pahala. Aku tidak mengatakan bahwa ‘Alif Lam Mim’ itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan Mim satu huruf.” (hari Tirmidzi)

Mungkin tidak ada masalah untuk membaca al-Quran pada masa iman tengah naik. Tetapi untuk menjadikannya sebagai rutin harian mungkin agak berat. Iman itu ada pasang surutnya. Antara cara mendorong diri supaya konsisten membaca quran ialah:

1. Jangan simpan quran di tempat yang sukar dicapai. Letaklah di tempat yang selalu anda lakukan kerja atau di tempat yang senang dilihat supaya anda tidak lupa dan senang terdorong untuk membacanya. Contohnya anda boleh menyimpan quran di atas meja belajar, sebelah komputer atau di kepala katil anda. Lebih mudah jika di simpan di tempat yang tidak memerlukan anda bangun dari kerusi anda. Maknanya simpan dekat dengan tempat anda duduk dan dalam capaian anda.

2. Jangan letakkan target yang luar biasa. Jika anda jarang-jarang membaca quran, sudah cukup baik jika anda ‘aim’kan untuk membaca 7 baris ayat (setengah muka surat) setiap hari. Jangan sekali-kali cuba untuk membaca seberapa banyak ayat yang mungkin (jangan tertipu dengan semangat), tetapi berusahalah untuk melaziminya setiap hari walaupun sekadar beberapa ayat. Anda tidak dikira benar-benar berjaya jika mampu membaca 7 baris ayat tersebut, tetapi kejayaan yang sebenar ialah apabila 7 baris ayat itu sebati menjadi bacaan rutin harian anda. Setiap orang boleh meletakkan target masing-masing berdasarkan kemampuan diri.

3. Bermulalah dengan surah yang anda minati. Jika anda tidak tahu surah apa yang anda minat, saya syorkan anda mendengar (mp3) bacaan surah Yusuf oleh Syeikh Saad Said al-Ghamidi. Dapatkan ‘feel’ daripada alunan bacaannya. Kemudian bacalah bermula dari surah tersebut dengan menggunakan alunan lagu yang sama.

4. Bagi yang belum lancar bacaan, gunakanlah sedikit duit untuk membeli vcd bacaan quran yang mempunyai visual ayat dan audio bacaan. Software ini sangat membantu untuk kita mengenal pasti cara bacaan yang betul. Rujuklah software ini apabila bacaan anda tersangkut atau anda tidak yakin bagaimana cara sebutan yang betul.

5. Kadang-kadang kita ada keinginan untuk membaca quran. Tetapi keinginan itu terbantut disebabkan rasa malas untuk ke bilik air mengambil wudhuk. Barangkali sejuk untuk membasahkan diri. Lawatilah www.quranflash.com. Gunakanlah paparan quran yang cantik itu dengan sebaiknya. Anda tidak perlu bersusah payah untuk berwudhuk terlebih dahulu. Anda juga boleh membacanya pdaa bila-bila masa sahaja. Apa salahnya jika meluangkan sedikt masa anda di depan komputer untuk membaca quranflash ini. Untuk pengetahuan anda, setiap kali anda melayari quranflash, ia akan membuka paparan pada muka surat yang sama seperti mana ketika anda menutupnya. Jadi anda boleh melanjutkan bacaan anda secara konsisten sehingga surah yang anda baca itu tamat.

Semoga kita semua diberi kekuatan dan kesihatan oleh Allah untuk sentiasa mendengar, membaca, mempelajari dan mengamalkan isi kandungan al-Quran dalam kehidupan seharian.

p/s: Tahukah anda, masa yang diambil untuk membaca satu muka surat (15 baris ayat) dengan kadar (kelajuan) bacaan yang normal hanyalah 4 minit sahaja. Maknanya hanya 2 minit sahaja diperlukan setiap hari untuk membaca separuh muka surat daripada quran.

Thursday, February 24, 2011

Nota Buat Muridku (SEJARAH TING. 4 BAB 3)

BAB TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

A. BENTUK KERAJAAN AWAL

KERAJAAN AGRARIA (PERTANIAN)

Lokasi: Terletak di kaw. Tanah pertanian yg. subur (lembah sungai) & di kaw. berbukit dan lereng tanah gunung berapi.
Cth. Kerajaan: K'jaan Dvaravati di Sg. Menam (Thai) & Sg.  Irrawaddy (Myanmar). , K'jaan Sg. Merah (Vietnam) & K'jaan Sg. Mekong (Laos, Kemboja & Vietnam)
Kegiatan Ekonomi: Kegiatan utama ialah menanam padi sawah & padi bukit..
                                   Lain-lain kegiatan: menternak, tanaman sampingan (jagung, keledek, pisang & sayur-sayuran), sarang burung dan menangkap ikan.
Keistimewaan: Mempunyai sistem pengairan yang baik. Cth: Funan & Angkor dpt sumber air dari Sg. Mekong dan Tasik Tonle Sap.
Lain-lain ciri: -Peranan raja; Cth: Raja indravarman I bina sistem pangairan dan Baray (takungan air) utk tanaman padi di Angkor.
-Iklim yang sesuai utk pertanian (panas dan lembab sepanjang tahun.
-Funan berubah menjadi kerajaan Maritim dgn adanya pelabuhan Oc-eo di muara Sg. Mekong


KERAJAAN MARITIM (KELAUTAN
Lokasi: Terletak di kaw. pesisir pantai, lembah sungai & kepulauan
Cth. Kerajaan: K'jaan Srivijaya di Sg. Musi, K'jaan Kedah Tua di Sg. Merbok dan Sg. Muda, K'jaan Tiumah di Pulau Tioman
Kegiatan Ekonomi:  Peringkat awal menangkap ikan & pungut hasil laut. Kemudian berkembang sebagai pelabuhan (perdagangan)
.Keistimewaan: Pelabuhan pembekal: Cth: Jenderam Hilir & Klang (S'ngor), Kuala Berang (Terengganu) & Kuala Selinsing (Perak).
Pelabuhan kerajaan (wujud kerajaan): Champa, Kedah Tua, Langkasuka & Srivijaya.
Pelabuhan entreport (perdagangan antarabangsa):  Kedah Tua & Srivijaya.
Lain-lain ciri:
-Penduduk kerajaan maritim: org. tempatan, orang laut dan pedagang luar.
-Bahasa Melayu sebagai lingua franca.
-Perahu utk perdagangan jarak dekat & kapal layar utk perdagangan jarak jauh.
-Gunung Jerai (Kedah Tua) jadi panduan bagi kapal layar yang berlabuh khususnya di waktu malam.
 



KHABAR DARI SARJANA (Edisi 5)

Kem Jatidiri Fasa 1 telah berlansung dengan jayanya yang bertempat di Rindu Alam Motel Ayer Tawar. Pelbagai aktiviti telah berjaya dilaksanakan dengan bantuan fasilitator berpengalaman yang terdiri dari Naqib tingkatan 4. Sekalung penghargaan dan tahniah buat Cikgu Haniza yang merancang dengan begitu baik sekali dan dibantu oleh team guru-guru Kem Jatidiri Fasa 1. Seramai 71 orang pelajar lelaki tingkatan 1 telah mengikuti kem ini. Syukur dengan adanya kem ini yang semput jadi hebat, demam jadi sihat itulah kehebatan kem ini. Tak kurang juga yang kononnya berani tapi hakikatnya gemuruh hati...... Buat akhirnya TAHNIAH buat semua.
Latihan Dalam Kumpulan

Macam-macam hal!

Sehati Sejiwa G9

Ini bukan PATI  (Pendatang Tanpa Izin) tapi sebagai inspirasi

Sebelum program denai malam

Pejuang Islam tidak gentar hadapi cabaran



Think Tank Kem Jatidiri Fasa 1

Contoh ukhuwah G9

Tangga bergerak manusia

Apa yang penting .... KERJASAMA

Menara Impian Setinggi Kaki Langit

Mentor menguji protege

Falsafah Burung Madu: Sedikit amalan yang istiqomah

Wednesday, February 23, 2011

KHABAR DARI SARJANA (Edisi 4)

Kem Bingkas 2011 di Ulu Kenas di Kuala Kangsar. Melibat semua pelajar tingkatan 5. Walaupun pada mulanya diuji dengan pelbagai dugaan. Masalah bas dan khemas yang bocor. Tetapi berkat kesabaran dan kerjasama tingkatan 5, kem ini berjaya dilaksanakan dengan baik dan sempurna.

Wajah finalis GADIS MELAYU versi SARJANA G8
Saksi khemah banjir

Kembara bermula





Kita makan duluuuuu !!!



Ahli warung simpang 3

Cikgu makan sampai tak tengok orang

Pengacara Jalan-jalan Cari Makan

Serangan dari pahlawan SARJANA


Khusyuknya ! 





Dirikan khemah



Anak siapa nie ?

Apa yang penting ???? KERJASAMA

Disiplin

Nak masuk hutan sempat lagi possing....

Team G8 "WIRA GEMPUR"

Perjalanan seribu langkah bermula dari langkah pertama


Diserang pacat jantan




Penyair dari gunung

Tiada rintangan dapat menghalang





Segarkan badan



Dayang-dayang Puteri Gunung Ledang

Merancang untuk kem berikutnya

Walau apa sahaja yang penting happy!!!!