Monday, January 24, 2011

Nota Buat Muridku (SEJARAH TING. 5 BAB 3)

Tingkatan 5 – Bab 3

 KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

 3.1 LATAR BELAKANG PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

-          Dalam masyarakat Melayu tradisional telah muncul kerajaan kerana adanya raja.
-          Raja bertanggungjawab memberi perlindungan dan menjamin keselamatan rakyat.
-          Rakyat mengakui kekuasaan raja.
-          Kesetiaan rakyat terhadap rajanya menentukan sempadan kerajaan.
-          Konsep bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan.
-          Apabila Malaysia dibentuk pada 16 September 1963, lahirlah negara dan bangsa Malaysia.
-          Bangsa Malaysia telah dibentuk melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan dan Rukun Negara.


3.1.1 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

-          Pembentukan negara moden mengikut sempadan rumpun bangsa.
-          Kebangkitan nasionalisme mengancam empayar Austria, Rusia dan Turki yang mempunyai penduduk berbilang bangsa.
-          Persidangan Damai Paris mencapai kesepakatan melalui Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson. Dua cadangan itu ialah nasib ditentukan oleh rakyat sendiri dan sempadan negara berasaskan bangsa.
-          Empayar Austria-Hungary dan Turki yang kalah dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918) telah dibahagi-bahagikan mengikut etnik dan bangsa.
-          Tujuh negara bangsa baru muncul iaitu Czechoslovakia, Estonia, Finland, Latvia, Lithuania, Poland dan Yugoslavia.
-          Yugoslavia terdiri daripada Serbia, Montenegro, Croatia dan di bahagian utara Itali, beberapa wilayah seperti Venetia dan Lombardy dikuasai Austria.
-          Count Camillo Benso di Cavour (Perdana Menteri Itali) menggunakan amalan realpolitik untuk menyatukan Itali.
-          Realpolitik mewajarkan apa sahaja cara seperti tipu helah, kekerasan bersenjata dan peperangan untuk mencapai matlamat politik.
-          Pada tahun 1866, Itali membantu Prussia menewaskan Austria, wilayah Venetia telah dipulangkan kepada Itali.
-          Pada 1871, Otto Eduard von Bismarck juga mengamalkan realpolitik dan politik darah dan besi untuk menyatukan Jerman.
-          Bismarck menggunakan isu bencikan bangsa asing untuk menaikkan semangat rakyat Prussia.
-          Pembentukan kerajaan Islam di Madinah merupakan satu contoh penyatuan melalui prinsip Islam.
-          Piagam Madinah berjaya menyatukan orang Yahudi, Kristian dan Arab melalui cara diplomasi dan permuafakatan.
-          Pembentukan kerajaan Islam Madinah membuktikan dengan amalan kerjasama dan permuafakatan pemimpin dengan pemimpin dan antara pemimpin dengan rakyat menjamin keutuhan negara dan bangsa.

  
3.1.2 CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA

-          Pembinaan negara dan bangsa Malaysia bermula sejak tahun 1957 dan masih berterusan hingga ke hari ini.
-          Usaha ini memerlukan perkongsian bijak antara kaum dalam politik, ekonomi dan sosial.
-          Pemimpin dan rakyat perlu berganding bahu menghadapi era globalisasi abad ke-21.
-          Antara empat ciri utama ialah negara, perlembagaan, bangsa dan kerajaan.
-          Negara:         
- merupakan suatu wilayah
- Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah
- institusi pemerintahan yang tersusun
- bertanggungjawab kepada rakyat
- melaksanakan keputusan politik
- menguatkuasakan undang-undang dan peraturan kerajaan.

-          Bangsa          
- sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilayah
- mempunyai persamaan bahasa, adat resam, kesenian, pengalaman sejarah
- bersatu padu di kalangan rakyat yang berbilang kaum
-membentuk bangsa Malaysia yang kukuh.

-          Kerajaan
- institusi pemerintah yang bertanggungjawab
- menggubal dan melaksanakan dasar sesebuah negara
- mentafsir dan melaksanakan dasar-dasar
- penentu arah kehidupan masyarakat
-merangkumi tiga badan iaitu badan perundangan, pelaksana dan kehakiman.

-          Perlembagaan
- perauran tertinggi sama ada bertulis atau tidak bertulis
- menjadi rujukan dan panduan mentadbir
- merupakan peraturan bertulis yang tertinggi di Malaysia
- memberi jaminan perlindungan kepada rakyat.


3.2 KESULTANAN MELAYU MELAKA     – ASAS PEMBENTUKAN NEGARA DAN BANGSA

-          Kesultanan Melayu Melaka (KMM) abad ke – 15, merupakan asas pembinaan negara dan bangsa
-          Peradaban kenegaraan kerajaan tercatat dalam Sejarah Melayu
-          KMM mempunyai masyarakat yang : -   tersusun,
-                                                                       -   berperaturan serta
-                                                                       -   mempunyai sistem pentadbiran dan plitik yang tersendiri
-          KMM meninggalkan pelbagai kesan dan warisan sosiopolitik.



 3.2.1 CIRI – CIRI NEGARA DAN BANGSA DALAM KESULTANAN MELAYU MELAKA


-          Ciri-ciri Kesultanan Melayu Melaka (KMM) boleh dilihat dari segi wilayah pengaruh,  kedaulatan,  rakyat, kerajaan, lambang-lambang dan keunggulan undang-undang.
-          Wilayah pengaruh merujuk kepada kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seorang raja.
-          KMM mempunyai kawasan pengaruh yang luas walaupun sempadannya tidak ditetapkan seperti sempadan yang moden.
-          Empayarnya meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan timur Sumatera.
-          Kedaulatan merupakan kuasa tertinggi pemerintah terhadap rakyat untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang.
-          Kedaulatan memastikan sesebuah negara itu bebas daripada campurtangan dan penjajahan kuasa asing.
-          Pengertian konsep kedaulatan dalam konteks KMM berbeza dengan kedaulatan negara moden.
-          Dalam KMM, kedaulatan dirujuk terus kepada raja yang memerintah sesebuah negeri.
-          Lambang negara merupakan simbol yang menjadi identiti sesebuah negara.
-          Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan lambang penyatuan negara dan bangsa.
-          Alat regalia, nobat, warna, bahasa, undang-undang, protokol dan adat istiadat istana melambangkan kebesaran sultan dan KMM.
-          Keunggulan undang-undang dalam pemerintahan adalah salah satu asas pembentukan negara dan bangsa.
-          Penguatkuasaan undang-undang merupakan cara formal untuk mengawal masyarakat.
-          Undang-undang dicipta untuk memelihara keamanan dan melindungi rakyat.
-          Pada zaman KMM, terdapat dua sumber undang-undang bertulis yang dipengaruhi oleh hukum adat tempatan dan agama Islam, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.
-          Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasal yang menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar serta pantang larang di kalangan masyarakat.
-          Hukum Kanun Melaka juga menyatakan hukuman terhadap kesalahan jenayah awam, undang-undang keluarga dan sebagainya.
-          Undang-undang Laut Melaka memperuntukkan peraturan berkaitan pelayaran di laut seperti tanggungjawab pengawal kapal, atur cara pelayaran, perniagaan, bidang kuasa nakhoda dan hukuman bagi kesalahan jenayah.
-          Rakyat terikat kepada undang-undang yang dikuatkuasakan dalam wilayah mereka.
-          Dalam KMM, rakyat bertanggungjawab untuk mentaati raja.
-          Sebagai tanda ketaatan, rakyat bersedia mempertahankan negara, menghadiri adat istiadat kerajaan, mengadakan gotong-royong, kerahan tenaga dan sebagainya.
-          Kerajaan merupakan badan yang diberi kuasa untuk menguruskan pentadbiran, menjaga keamanan, mempertahankan kedaulatan negara dan menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain.
-          Pada zaman KMM, Raja atau Sultan merupakan pemerintah tertinggi yang dibantu oleh Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.
-          Sistem Pembesar Empat Lipatan menjamin kesentosaan sistem pemerintahan beraja dan kerajaan di Melaka.
  
3.3      WARISAN NEGERI-NEGERI MELAYU

-          Kerajaan Johor, Perak dan Pahang diasaskan oleh kerabat diraja Melaka.
-          Semua pemerintah negeri menggunakan gelaran Sultan.
-          Sistem pewarisan takhta mementingkan jurai keturunan sebelah bapa.
-          Sekiranya sultan tidak mempunyai putera, adik lelaki sultan boleh mewarisi takhta tersebut.
-          Undang-undang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka banyak mempengaruhi undang-undang di negeri-negeri Melayu seperti:
- Undang-undang Pahang (1956)
                        - Undang-undang Kedah (1650)
                        - Undang-undang Johor (1789)
                        - Undang-undanmg Perak (1878)


3.3.1        UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR

-          Merupakan perlembagaan bertulis yang teratur dan lengkap.
-          Dikuatkuasakan mulai tahun 1895.
-          Diperkenalkan oleh Sultan Abu Bakar.
-          Tujuan: Memodenkan dan memantapkan pentadbiran Johor agar dapat menghalang British menguasai negeri tersebut.
-          Mencontohi perlembagaan Barat yang mempunyai unsure-unsur demokrasi.
-          Perkara-perkara penting yang disentuh dalam undang-undang ini :-
1.  Keturunan sultan sebagai pewaris takhta.                                 
2.  Orang Melayu diiktiraf sebagai rakyat Johor.
3.  Agama Islam sebagai agama negeri. Raja mestilah   
     berbangsa Melayu,  beragama Islam dan merupakan                                 
     waris pemerintah Johor.
4.  Dalam system pentadbiran, raja dibantu oleh sebuah Majlis Mesyuarat Kerajaan yang  
     menyerupai Parlimen.
5. Raja, Menteri dan Jemaah Pangkuan Menteri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa atau
    kerajaan lain.
6.Raja berhak memilih Menteri Besar manakala jawatan Naib Menteri Besar ditentukan oleh
   Jemaah Menteri dengan perkenan Raja. 
     
            -          Majlis Mesyuarat Kerajaan terbahagi kepada dua iaitu:-

a).  Majlis Negeri                                                                                                 
-          mempunyai kuasa perundangan                                                                        .              
-          dipengerusikan oleh Menteri Besar                                                                 
-          membantu raja dan jemaah menteri dalam mentadbir negeri.                              

b). Jemaah Menteri
-       mempunyai kuisa pelaksanaan.
-       terdiri daripada 8 -12 orang pegawai yang menjadi ahli Majlis Negeri
-       berbangsa Melayu, beragama Islam dan merupakan rakyat Johor
-       bersidang sebulan sekali dan pada bila-bila masa sahaja apabila dikehendaki oleh Raja atau diminta
        oleh Menteri Besar tau Naib Menteri Besar dengan permintaan tiga orang ahli Jemaah Menteri.
  
-          Undang-undang Tubuh Johor berjaya menghalang rancangan British menguasai negeri Johor.


3.3.2    SISTEM JEMAAH MENTERI KELANTAN

-      Diamalkan sejak pemerintahan Sultan Muhammad I (1801-1836).
-          Sultan Muhammad II  (1836-1886) membentuk system jemaah menteri bagi melicinkan pentadbiran di pemerintahan Kelantan.
-          Terdapat lapan jemaah menteri dan setiap satunya dianggotai oleh empat orang pembesar.
-          Penubuhan jemaah menteri menunjukkan bahawa Kelantan sudah mempunyai sistem pentadbiran yang mantap sejak abad ke-19.
-          Sejak tahun 1842, Sultan Muhammad II telah menyingkirkan kerabat diraja yang terlibat dengan perebutan kuasa dan menggantikannya dengan pembesar yang bergelar Nik atau Wan.


3.3.3        TERENGGANU -  UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN TERENGGANU
      (ITTIQAN-ILMULUK BI-TA’DIL IL-SULUK)

-          Diluluskan oleh Sultan ainal Abidin III  (1881-1918) pada tahun 1915.
-          Bermaksud keyakinan terhadap pemerintah yang berdasarkan keadilan.
-          Berasaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.
-          Bertujuan menghalang British yang berusaha menguasai Terengganu.



Perkara-perkara:
-          bercorak Raja Berperlembagaan
-          peremintah Terengganu mestilah beragama Islam, berbangsa Melayu, lelaki dan merupakan waris Sultan yang memerintah Terengganu.
-          Sultan diantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri.
-          Menteri yang menganggotai Mesyuarat Kerajaan mestilah beragama Islam, berbangsa Melayu, rakyat Terengganu serta mengaku taat setia kepada sultan dan kerajaan.




Majlis Mesyuarat Kerajaan
-          diketuai oleh Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan.
-          ahli-ahli bertanggungjawab membantu sultan dan jemaah menteri untuk:
- mentadbir negeri
                - menggubal undang-undang dan peraturan negeri
                - menjaga kebajikan rakyat
                - menjaga keamanan negeri
                - menjalinkan hubungan persahabatan dengan negeri lain.

-          Naib Menteri Besar dipilih oleh Jemaah Menteri setelah diperkenankan oleh Sultan
-          Waris Sultan atau Menteri dilarang mengkhianati pemerintah negeri.
-          Waris sultan atau menteri ditegah daripada menyerahkan negeri kepada kuasa lain.


3.3.4        NEGERI SEMBILAN -   PRINSIP DEMOKRASI DAN KONSEP PERSEKUTUAN

-          Negeri Sembilan terdiri daripada sembilan buah negeri iaitu Sungai Ujong, Rembau, Johol, Jelebu, Jempol, Seri Menanti, Inas, Terachi dan Gunung Pasir.
-          Pada tahun 1773, Raja Melewar dari Minangkabau telah menjadi Raja Negeri Sembilan dan digelar Yamtuan Besar dan bersemayam di Seri Menanti.
-          Negeri Sembilan mempunyai system pemerintahan yang tersendiri dikenal sebagai Adat Perpatih.
-          Negeri Sembilan merupakan negeri Melayu pertama yang membentuk Persekutuan.
-          Adat Perpatih merupakan system pemerintahan yang berunsurkan demokrasi yang meletakkan kedaulatan di tangan rakyat dengan memberi kuasa untuk memilih pemimpin mereka.
  

-          Perlantikan pemimpin dibuat daripada oeringkat paling bawah seperti berikut;
- Yamtuan Besar (dipilih oleh Undang)
        - Undang (dipilih oleh Lembaga)
        - Lembaga (dipilih oleh Buapak)
                - Buapak (dipilih oleh Anak Buah)
                - Anak Buah.

No comments:

Post a Comment