Wednesday, January 12, 2011

Nota Buat Muridku (SEJARAH TING. 5 BAB 1)

SEJARAH TINGKATAN LIMA
BAB 1: KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA.

PENGENALAN
-          Imperialisme Barat di Asia Tanggara bermula pada abad ke-16 kerana didorong   untuk menguasai ekonomi kawasan ini.
-          Untuk mencapai hasrat, imperialisme Barat telah mengubah sistem politik di tanah jajahan.

1.1 IMPERIALISME BARAT DI ASIA TENGGARA

1.1.1 Imperialisme Barat.
-          Imperialisme ialah dasar atau tindakan sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain.
-          Imperialisme telah berlaku sejak Empayar Yunani Dan Empayar Rom.
-         Imperialisme moden bermula pada kurun ke-15 apabila kuasa-kuasa Barat mengusai Amerika Latin, Afrika dan Asia.

1.1.2 Faktor-faktor Imperialisme Barat.
-          Terdapat beberapa faktor yang mendorong perluasan imperialisme Barat di asia Tenggara:
-          Perkembangan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan seperti kapal berkuasa wap dan pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869.
-          Penciptaan telegraf memudahkan imperialis memberikan arahan kepada pegawai mereka di Timur.
-          Persaingan antara kuasa Barat menjadikan Asia Tenggara sebagai mangsa penaklukan.
-          Kuasa barat menggunakan pelbagai slogan seperti berikut:-
British dan Belanda:
-          Mendakwa mereka lebih maju dan bertamadun.
-          Merasa bertanggungjawab untuk memimpin orang Timur ke arah kesejahteraan.
Perancis:
-          Bertanggungjawab untuk mentamadunkan orang Timur.
-          Mubaligh Kristian bertanggungjawab untuk menyebarkan agama Kristian.
-          Perkembangan Revolusi perindustrian menyebabkan imperialis barat memerlukan bekalan bahan mentah secara konsisten dan kawasan pasaran baru.

1.2 PERUBAHAN SISTEM POLITIK
-          Negara-negara di Asia tenggara mengamalkan sistem pemerintahan beraja.
-          Imperialis Barat berpendapat bahawa penguasaan terhadap sistem politik adalah perlu demi untuk mengusai ekonomi negara jajahan.

1.2.1 Pengenalan sistem Birokrasi Barat.
Ciri-ciri Sistem Birokrasi Barat di Asia Tenggara:

-          Penubuhan Kerajaan Pusat hasil penyatuan wilayah- wilayah di tanah jajahan.
-          Perlantikan Gabenor General sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan.
-          Perlaksanaan pentadbiran melalui biro.
-          Pengenalan undang-undang Barat.
-          Perubahan sistem pemerintahan adalah seperti berikut:-


    Negara
    Penjajah
                             Sistem Pentadbiran
(a) Filipina
      Sepanyol
i.   Sistem pentadbiran berpusat, Gabenor Jeneral sebagai pemerintah tertinggi.
ii.  Pentadbiran peringkat tempatan di bawah Sistem Encomienda diketuai oleh  
     Encomiendero.        
(b) Indonesia
      Belanda
i.   Membahagikan pentadbiran kepada dua iaitu  pentadbiran pusat dan tempatan.
ii.  Perubahan yang diperkenalkan oleh kuasa Barat dalam sistem pemerintahan tradisional tempatan di Indonesia adalah seperti berikut:
 
Ciri-Ciri
Perubahan
Pentadbiran Pusat
Diketuai oleh Gabenor Jeneral.

Pentadbiran Tempatan         
Dikendalikan oleh pembesar tempatan                                                    dengan pengawasan pegawai Belanda.

Penubuhan Jabatan Kerajaan

Antaranya Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pertanian.

Penubuhan Dewan Tempatan

Sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa perundangan.

Penubuhan Volksraad

Merupakan Majlis Rakyat yang dianggap sebagai satu langkah ke arah kemerdekaan. Penubuhannya hasil desakan Sarekat Islam

      
     British
i.    Pemerintahan Dinasti Konbaung berakhir dan institusi raja tersingkir.
ii.   Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintahan tertinggi.
iii.  Memperkenalkan Akta Kampung Ulu Burma 1887 dan Akta Perkampungan     
      Burma 1889.   
iv.  Pentadbiran daerah diambil alih oleh Myo-ok (pegawai bandaran).
v.   Sistem undang-undang Barat diperkenalkan. 
(d)  IndoChina
   Perancis
i.   Pentadbiran diketuai oleh Gabenor Jeneral.
ii.  Membentuk sebuah kerajaan pusat Union Indochinoise.
iii. Undang-undang diluluskan oleh Parlimen.
(e)   Tanah    
      Melayu
     British
i.   Melaka, Pulau Pinang dan Singapura digabungkan dalam Negeri-negeri    
     Selat (NNS).
ii.  Gabenor adalah pemerintah tertinggi NNS dan dibantah oleh Residen
     Kaunselor.
iii. Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) menggunakan Sistem Residen.
iv. Negeri-negeri Melatu Tidak Bersekutu (NNMTB) mengamalkan Sistem   
     Penasihat.
v.  Residen dan penasihat diletakkan  di bawah Gabenor NNS.
vi. Memperkenalkan Sistem Kehakiman Barat, pengutipan cukai, pembahagian 
     ikut daerah, dan penubuhan balai polis.
(f) Thailand
-------------------
i.   Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn memperkenalkan Sistem Barat.
ii.  Melantik penasihat Barat daripada Britain, Amerika Syarikat dan Perancis 
     dalam pentadbiran kerajaan.
-  Perubahan  sistem politik oleh imperialis Barat terhadap negara jajahan merupakan faktor kejayaan mereka menguasai ekonomi di Asia Tenggara. Birokrasi Barat yang diperkenalkan telah membawa kepada tercetusnya gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.

 1.3 NASIONALISME DI ASIA TENGGARA
 - Nasionalisme bermaksud :-
a) Perasaan cinta akan bangsa dan negara.
b) Gerakan membebaskan tanah air dan kuasa politik, cengkaman ekonomi dan 
     kebudayaan asing.  

1.3.1 Faktor- faktor Kemunculan Nasionalisme
-  Gerakan nasionalisme di negara- negara Asia Tenggara mempunyai perbezaan dari segi masa  dan corak gerakan

-  Faktor- faktor kemunculan nasionalisme adalah seperti berikut :-
 
                Faktor
                                     Keterangan
(a)   Dasar Penjajahan Barat
i.   Sistem Birokrasi Barat dan dasar ekonomi seperti Sistem Tanaman Paksa dan    
     Sistem Polo telah menindas penduduk  peribumi.
ii.  Dasar Keterbukaan penjajahan terhadap kemasukan imigran mendatangkan rasa 
      tidak puas hati penduduk tempatan.
iii. Penjajah juga telah mewujudkan jurang sosial.
 (b)    Pengaruh Agama 
---Agama berjaya menyatukan rakyat tempatan dan kemunculan Gerakan Islah di 
    Indonesia, Tanah Melayu dan Persatuan Belia Buddha di Burma memainkan
    Peranan sebagai alat perpaduan dan pencetus nasionalisme.
(c)   Karya Kesusasteraan
i.   Karya-karya menjadi media untuk menyampaikan mesej kesengsaraan dan
     kekecewaan terhadap penindasan penjajah.
ii.  Contoh novel Noli Me Tangere- karya Jose Rizal, cerpen Kerikil- kerikil Tajam  
     dan Makam Bonda karya Chiril Anuar dan Puteri Gunung Tahan karya Pak Sako.
(d)    Sistem Pendidikan
i.   Sikap penjajah mengamalkan pilih kasih dalam menyediakan kemudahan 
     pendidikan.
ii.  Pendidikan diberikan pada peringkat rendah dan terhad kepada anak bangsawan
     atau golongan elit.
(e) Pengaruh media massa
i.   Akhbar dan media majalah telah menyemarakkan semangat nasionalisme di
     Asia Tenggara.
ii.  Akhbar telah menyebarkan idea- idea nasionalisme dan menahan perasaan anti    
     penjajah kepada rakyat jelata.
(f) Kemunculan Golongan
           Intelektual
i.   Merupakan pencetus gerakan nasionalisme.
ii.  Mereka mendapat pendidikan di Barat dan Asia Barat.
iii. Golongan ini telah memimpin gerakan nasionalisme setelah ke tanah air.
(g) Sistem Pengangkutan
       dan Perhubungan
i.   Kewujudan telefon dan telegraf memudahkan hubungan di kalangan nasionalis.
ii.  Kereta aip dan jalan raya memudahkan rakyat dan pemimpin bertemu dan
     membincangkan idea- idea nasionlisme.
(h)     Pengaruh luar
i.   Kejayaan Jepun menewaskan China dan Rusia menjadi inspirasi para nasionalis.
ii.  Perjuangan Mahatma Gandhi menentang British turut menyemarakkan semangat
     nasionalisme.

  
 1.3.2Perkembangan Nasionalisme
- Perkembangan nasionlisme di Asia Tenggara dapat dibahagikan kepada dua   
   tahap :-
- Tahap pertama = 
(a)Merupakan  penentangan masyarakat secara terbuka, bersifat setempat dan    
    tidak berorganisasi. 
(b)Gerakan dipimpin oleh golongan pertengahan berpendidikan Barat dan 
     Asia Barat.
(c)Tuntutan lebih kepada hak-hak dikembalikan dan taraf hidup diperbaiki.
- Tahap Kedua =
(a)Merupakan gerakan nasionalisme lebih radikal dan berorganisasi.
(b)Gerakan dipimpin oleh golongan yang berpendidikan,berpengetahuan luas  
    dalam bidang kebudayaan dan ilmu pengetahuan Barat.
(c)Matlamat perjuangan ialah menuntut kemerdekaan dan membentuk kerajaan 
    sendiri.

                                                                 FILIPINA
(a)    Tahap Pertama
i.   Merupakan dakyah pimpinan Jose Rizal dengan sokongan golongan pertengahan yang 
     berpendidikan Barat.
ii. Tuntutan agar Filipina dijadikan wilayah Sepanyol dan rakyat Filipina mendapat hak 
     yang sama seperti rakyat Sepanyol.
iii. Jose Rizal telah ditangkap apabila Sepanyol berasa terancam keranamenubuhkan 
     Liga Filipina yang bertujuan mendesak Sepanyol melakukan pembahuruan dlm
     politik,ekonomi,dan sosial.
(b)  Tahap Kedua
i.   Bermila apabila Katipunan ditubuhkan oleh Andres Bonificio.
ii.  Matlamat perjuangan adalah untuk menyatukan bangsa Filipina dan mencapai
     kemerdekaan melalui revolusi.
iii. Nasiolis Filipina menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan pada tahun 1930-an.
                                                                INDONESIA
(a)    Tahap Pertama
i.   Tumpuan kepada isu- isu pendidikan.Raden Adjeng Kartini  
     berusaha memejukan pendidikan kaum wanita.
ii.  Karya- karya novel novel seperti Habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan
     Seorang Puteri Jawa mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia dan penidasan  
     Belanda.
iii. Pertubuhan Muhammadiyah merupakan gerakan terpenting pada tahap ini untuk
     menyebarkan Islam yang sebenar dan menghindari ancaman sekularisme Barat serta
     agama Kristian
(b)     Tahap Kedua
i.   Merupakan perjuangan parti- parti politik radikal seperti Sarekat Islam.
ii.  Parti- parti lantang menuntut kemerdekaan, sekali pun dengan cara kekerasan.
                                                          INDOCHINA
(a)    Tahap Pertama
i.   Gerakan nasionalisme IndoChina tertumpu di Vietnam dan dipelopori oleh golongan 
     bangsawan dan pegawai daripada golongan Mandarin.
ii.  Memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja.
iii. Golongan berpendidikan Barat menuntut pendidikan Barat di kalangan rakyat.
iv. Kegagalan parti- parti sederhana telah melahirkan gerakan nasionalisme yang lebih 
     radikal.
(b)     Tahap Kedua
i.   Terdapat dua parti politik pada tahap ini iaitu Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD)
      dan Parti Komunis Vietnam (PKV)
ii.  Perancis telah bertindak dan menangkap pemimpin- pemimpin VNQDD.
iii. Perjuangan nasinalis kembali sederhana.

                                                            BURMA
(a)     Tahap Pertama
i.   Merupakan pejuang golongan sami Buddha dan golongan elit berpendidikan 
     Barat,dengan menubuhkan Persatuan Belia Buddha.
ii.  Perjuangan golongan sami bertujuan mengekalkan tradisi Buddha dan memajukan 
     pendidikan.
iii. Mereka menggunakan Isu Kasut untuk membangkitkan semangat nasionalisme      
     rakyat.
(b)    Tahap Kedua
i.   Muncul apabila Laporan Montagu – Chelsford menyatakan Burma belum bersedia
     untuk memerintah sendiri.
ii.  Revolusi Pelajar telah menuntut penubuhan universiti.
iii. Berlaku pemberontakan apabila pelbagai pertubuhan / parti mula ditubuhkan dan 
     menuntut kemerdekaan seperti Majlis Am Sangha Sametggi yang mencetuskan 
      Pemberontakan Saya San dan Liga Anti Pemisahan.
iv.  Golongan Thakin menubuhkan Parti Dobama Asiayone untuk menuntut 
      kemerdekaan.
                                                      THAILAND
(a)    Tahap Pertama
i.   Merupakan kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja  dan
     juga penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.
ii.  Kelemahan sistem pentadbiran dan sikap borod Raja Vajiravudh telah menyebabkan 
      rakyat tidak berpuas hati.
iii. Parti Rakyat telah melancarkan Revolusi Thai pada tahun 1932 bagi menamatkan
     sistem raja berkuasa mutlak.
(b)      Tahap Kedua
i.   Muncul disebabkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh 
     kapitalis Barat dan Cina.
ii.  Undang- undang digubal untuk menyekat kebebasan  dan penguasaan ekonomi oleh 
     orang Cina, sekoah , dan akhbar Cina dibubarkan.
iii. Penduduk digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi.
iv. Jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha.
v.  Nama negara Siam ditukar kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas.

Rumusan
-         Pengenalan birokrasi Barat di negara- negara Asia Tenggara telah merubah sama sekali sistem politik, ekonomi, dan sosial tempatan.
-         Pentadbiran kerajaan penjajah diwarnai dengan diskriminasi dan penindasan.
-         Ini menyebabkan wujudnya nasionalisme untuk menuntut kenaikan taraf hidup dan kemerdekaan.
-         Kekentalan semangat dan keberanian nasionalis tempatan dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air tercinta juga jelas terbukti.

No comments:

Post a Comment