Monday, January 17, 2011

Nota Buat Muridku (SEJARAH TING. 5 BAB 2)

BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

2.1 PERJUANGAN PEMIMPIN TEMPATAN MENENTANG BRITISH

      2.1.1 SEBAB-SEBAB PENENTANGAN TERHADAP BRITISH

  1. Dasar Penaklukan British-          Kawasan penaklukan terikat dengan perintah British yang ingin mengukuhkan politiknya.
-          Apabila British mendapat Melaka daripada Belanda, Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan membayar ufti.
-          Penghulu Dol Said menentang kehendak British.

  1. Eksploitasi terhadap Ekonomi Tempatan
-          Menguasai ekonomi tempatan bagi kepentingan diri.
-          British membuat perjanijian dengan pemimpin tempatan.
-          Menerusi perjanjian, saudagar Negeri-Negeri Selat telah dibenarkan menjalankan perlombongan dan perdagangan bijih timah.

  1. Pelaksanaan pentadbiran Barat
-          Memaksa rakyat mengikut sistem pentadbiran Barat.
-          Memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah.
-          Di Terengganu, setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan hendaklah mendapat keizinan dan dikenakan cukai tanah.

  1. Campur tangan dalam Adat Resam Tempatan
-          British memaksa masyarakat tempatan menerima nilai-nilai British yang bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan.
-          Di Perak, J.W.W. Birch campur tangan dalam adat resam amalan menggunakan orang suruhan.

  1. Pembesar tempatan kehilangan kuasa.

  1. Penduduk tempatan tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British.

  1. Sudi bekerjasama menentang British kerana kesetiaan kepada pembesar tempatan.

      2.1.2 PERISTIWA PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

       Di Naning

  1. Penentangan paling awal di Tanah Melayu

  1. Berlaku antara tahun 1831 hingga 1833.

  1. Dipimpin oleh Penghulu Dol Said.

  1. Dol Said tidak bersetuju meletakkan Naning sebagai sebahagian daripada wilayah British.

  1. Penghulu Dol Said enggan menghantar satu per sepuluh hasil sebagai ufti kepada negeri Melaka.

  1. British menghantar tenteranya untuk menakluki Naning pada 1831.

  1. Pasukan British ditentang oleh Penghulu Dol Said.

  1. Penghulu Dol Said dibantu oleh :
-      Yam Tuan Ali dari Rembau
-      Syed Shaban
-      Penghulu Remai
-      Rechat
-      Dato’ Kelana Sungai Ujong
-      Penghulu Gemencheh

  1. Penghulu Dol Said berjaya mengalahkan 150 orang tentera British pimpinan Kapten Wyllie yang ingin menawan Taboh

  1. Tahun 1832, British dengan 1200 orang tentera menyerang Naning.

  1. Penghulu Dol Said tidak dibantu oleh sesiapa pun.

  1. British mengalahkan Penghulu Dol Said.

  1. Penghulu Dol Said terpaksa menyerah diri dan dibawa ke Melaka.

      Di Sarawak

  1. James Brooke (Raja Putih Sarawak) berusaha menguasai daerah pedalaman pada tahun 1842.

  1. Ditentang oleh pemimpin tempatan yang enggan menyerahkan daerah mereka.

  1. James Brooke menyerang daerah-daerah tersebut.

  1. Penentangan oleh Linggir :
        -     Linggir, pemimpin kaum Iban di Saribas.
        -     Menentang penaklukan James Brooke pada tahun 1849.
        -     James Brooke menghalang pelayaran Linggir di Sungai Saribas.
        -     Linggir menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar.
        -     Linggir tewas.

  1. Penentangan oleh Rentap
-      Rentap adalah pemimpin Iban.
       -      Berlaku pada tahun 1853.
       -      James Brooke ingin menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap sebagai lanun.                                                                                                      
       -      Rentap menyerang pasukan James Brooke di Kubu Nanga Skrang.
       -      Rentap dan pengikutnya berjaya mengusir James Brooke.
       -      James Brooke bertindak dengan membakar kampung mereka.
       -      Rentap berundur ke Bukit Sadok.
       -      Diserang lagi oleh James Brooke.
       -      James Brooke mengalahkan Rentap pada tahun 1861.
       -      Rentap berundur ke Hulu Skrang Entabai.

  1. Penentangan oleh Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur
-      Berlaku pada tahun 1857.
-      James Brooke menguasai wilayah di Sungai Rajang.
-      Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur kehilangan kuasa memungut dan pengaruh                                                                                                                                                                                                         terhadap penduduk tempatan.
-      Pada tahun 1858, James Brooke membina sebuah kubu di Kanowit.
-      Syarif Masahor menyerang kubu tersebut.
-      Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur menyerang James Brooke di Kuching.
-      Tentangan gagal.
-      Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei.
-      Syarif Masahor diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British di Singapura.
-          Datu Patinggi Abdul Gapur melarikan diri ke Betawi tetapi ditahan oleh Belanda dan diserahkan kepada James Brooke.

      Di Sabah


  1. Dipimpin oleh Mat Salleh, pemerintah Tambunan dan Sungai Sugut.

  1. Pihak Syarikat Borneo Utara British (SBUB) tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh.

  1. SBUB menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh.

  1. SBUB melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu.

  1. Pegawai SBUB bersikap kasar terhadap penduduk tempatan.

  1. Mat Salleh ke Sandakan untuk berbincang pada tahun 1895.

  1. Mat Salleh tidak dilayan.

  1. Gabenor Beaufort menyerang dan membakar perkampungan Mat Salleh.

  1. Mat Salleh melarikan diri.

  1. Pada tahun 1897, Mat Salleh dan pengikutnya melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya.

  1. SBUB ingin berdamai dengan menyerahkan Tambunan kepada Mat Salleh.

  1. SBUB mungkir janji.

  1. Mat Salleh menyerang kubu SBUB.

  1. Serangan balas oleh SBUB.

  1. Mat Salleh tewas dan meninggal dunia pada 31 Januari 1900.

      Di Perak

  1. Penentangan dimpimpin oleh Dato’ Maharaja Lela.

2.     Sebab penentangan :
-          J.W.W. Birch, residen Perak, memungkiri fungsinya sebagai penasihat seperti dalam Perjanjian Pangkor.
-          Sistem cukai yang diperkenalkan oleh British menghapuskan hak pembesar.
-          Pembesar menolak penguasaan British terhadap kawasan mereka.
-          Pembesar tidak suka British campur tangan dalam adat resam dan hal-ehwal tempatan.
-          J.W.W. Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu.

  1. Perisitiwa penentangan :
-          20 Jan 1874 – Perjanjian Pangkor di antara Sultan Abdullah dengan Andrew Clarke.
-          Feb 1875 – Bantahan pembesar terhadap campur tangan British. Dato’ Maharaja Lela membuat kubu di Pasir Salak.
-          21 Jul 1875 – Mesyuarat di Durian Sebatang menentang undang-undang British.
-          12 Sept 1875 – Mesyuarat di Belanja. Dato’ Maharaja Lela bersetuju membunuh J.W.W. Birch. Sultan Abdullah memberitahu Sultan Ismail tentng hal ini.
-          31 Okt 1875 – Mat Arshad (orang suruhan British) dibunuh oleh penduduk tempatan semasa menampal poster cukai di Pasir Salak.
-          2 Nov 1875 – Seputum, Pandak Lam dan Dato’ Sagor membunuh J.W.W. Birch atas arahan Dato’ Maharaja Lela.
-          13 Nov 1875 – British bersama 500 tentera menentang Pasir Salak. Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor melarikan diri ke Kota Lama.
-          20 Nov 1875 – Perbicaraan di Matang. Hakim ialah Raja Idris. Penasihat perbicaraan ialah Frank Swettenham. Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Lam, Seputum dan Pandak Indut dihukum gantung. Sultan Ismail dibuang ke Johor. Sultan Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim, Syahbandar dan Laksamana dibuang negeri ke Pulau Seychelles.

Di Negeri Sembilan


  1. Dilakukan oleh Yam Tuan Antah Sri Menanti dan Dato’ Syahbandar Sungai Ujong.

2.    Sebab penentangan :
-          British menduduki Sungai Ujong.
-          British menyokong Dato’ Kelana untuk mendapatkan Terachi dan Paroi.
-          British menawan Bukit Putus, Jempul dan Terachi.

3.    Dato’ Syahbandar enggan menandatangani perjanjian dengan British pada 21 April 1874.   
     
4.    Dato’ Syahbandar menentang Dato’ Kelana Sungai Ujong yang meminta bantuan British.

5.        Punca pertikaian ialah merebut kawasan sempadan untuk mengenakan cukai kepada pedagang bijih timah dari Negeri-Negeri Selat.

  1. Dato’ Kelana dengan bantuan British berjaya mengalahkan Dato’ Syahbandar.

  1. Dato’ Syahbandar berundur ke Selangor.

  1. Dato’ Syahbandar kemudian kembali ke Sungai Ujong.

  1. Menandatangani perjanjian dengan British pada 10 November 1874.

  1. Dato’ Syahbandar bersetuju meletak jawatan dan berhijrah ke Singapura.

  1. Dato’ Kelana menguasai seluruh Sungai Ujong tetapi di bawah penguasaan British.

  1. Pada tahun 1888, Yam Tuan Antah menandatangani perjanjian damai dengan British.

Di Pahang


  1. Berlaku pada tahun 1888.

  1. Pembesar menentang British di Pahang.

  1. Dato’ Bahaman menolak pelaksanaan undang-undang British yang bertentangan dengan adat resam dan sistem politik tempatan. Di antaranya ialah :
-          Sistem kehakiman
-          Pemungutan hasil hutan
-          Sistem cukai
-          Penubuhan pasukan polis luar
  1. Pelaksanaan undang-undang British mengurangkan kuasa Dato’ Bahaman sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan.

  1. Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Imam Rasul bersatu menentang British.

  1. Tahun 1890 – menentang pembinaan Balai Polis Lubuk Terua.

  1. Tahun 1891 – menyerang British kerana menangkap anak buahnya.

  1. Tahun 1892 – menyerang dan menawan semula Lubuk Terua.

  1. Tahun 1894 – menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.

  1. Tahun 1895 – akibat tekanan British, Dato’ Bahaman berundur ke Kelantan.

  1. Dato’ Bahaman dan rakan-rakannya mendapat perlindungan daripada penduduk dan pembesar Terengganu dan Kelantan.

  1. Dato’ Bahaman menetap di Hulu Kelantan.

  1. Tok Gajah menetap di Hulu Terengganu.

  1. Tahun 1896 – Dato’ Bahaman berpindah ke Bangkok dan diberikan perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn.

  1. Dato’ Bahaman menetap di Chieng Mai. Diberi wang sara hidup 1000 baht dan meninggal dunia di sana.

Di Kelantan


  1. Berlaku pada tahun 1910.

  1. Dipimpin oleh Tok Janggut.

  1. Di Pasir Puteh.

  1. Sebab penentangan – pengenalan sistem penasihat oleh British.

  1. British memaksa penduduk tempatan menggunakan sistem cukai yang baru.

  1. Tok Janggut membantah dan enggan membayar cukai.

  1. Bantahannya tidak dilayan oleh Pegawai Daerah Pasir Puteh.

  1. Pihak polis diarah menangkap Tok Janggut tetapi gagal.

  1. Tahun 1915 – serangan ke atas Pasir Puteh oleh :
-          Engku Besar Jeram
-          Tuan Ahmad
-          Penghulu Adam
-          Haji Said
-          Che Ishak

  1. Serangan berjaya.

  1. Kerajaan dibentuk :

-          Engku Besar Jeram sebagai Raja.
-          Tok Janggut sebagai Perdana Menteri.
-          Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.

  1. British membawa tentera dari Negeri-Negeri Selat atas nama Sultan Kelantan.

  1. Kapal perang H.M.S. Cadmus mendarat di Tumpat.

  1. Serangan berlaku pada Mei 1915 di Saring.

  1. Tok Janggut terkorban. Mayatnya diarak di pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan kepala ke bawah.
  

Di Terengganu


  1. Dipimpin oleh Haji Abdul Rahman Limbong, seorang ulama.

  1. Tidak puas hati dengan sistem cukai dan undang-undang tanah British.

  1. Pada tahun 1922 - Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk kampung untuk membersihkan tanah di Kuala Telemong tanpa menghirau peraturan tanah.

  1. Tahun 1925 - 300 penduduk kampung berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah ibn Sultan Zainal Abidin III.

  1. British berasa bimbang.

  1. Penduduk disuraikan oleh Tengku Nik Maimunah.

  1. Mei 1928 – penentangan bersenjata.

  1. Kumpulan yang menyerang bangunan berkerajaan di Kuala Telemong menunggu arahan menentang British.

  1. British menghantar tiga orang pembesar yang membawa perintah sultan untuk menawan semula Kuala Berang.

  1. British menangkap dan memburu sesiapa yang menghalangnya.

  1. 25 orang polis telah menyerang Kula Telemong dan berjaya membunuh sebelas orang penduduk tempatan.

  1.  Haji Abdul rahman Limbong diserang oleh 50 orang polis yang dibawa dari Singapura.

  1. Haji Abdul Rahman Limbong berjaya ditawan dan dibuang ke negeri Makkah.

IKTIBAR DARIPADA PERISTIWA PENENTANGAN PEMBESAR DAN PENDUDUK TEMPATAN TERHADAP PENGUASAAN BRITISH

  1. Sifat yang ada pada pembesar dan penduduk tempatan :
-          Semangat setia negara yang tinggi
-          Sanggup berkorban untuk bangsa
-          Sifat bekerjasama
-          Sikap berdisiplin
-          Gigih berusaha

  1. Kekalahan adalah disebabkan :
-          Kekurangan ilmu
-          Senjata moden

2.2 GERAKAN NASIONALISME SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

     2.2.1 FAKTOR-FAKTOR PEMANGKIN NASIONALISME

  1. Pengenalan Sistem Politik Barat
-          Residen dilantik untuk mentadbir negeri.
-          Pembesar tempatan diberi pencen dan tempat mereka diganti oleh pegawai British.
-          Penduduk tempatan menganggap sistem amalan tradisi mereka tercabar dan maruah mereka jatuh.

  1. Perkembangan Sistem Pendidikan
-          Sistem pendidikan Inggeris dan sekolah vernakular melahirkan golongan intelek Melayu.
-          Mampu berfikir tentang kemajuan bangsa dan menolak penjajahan British.

  1. Dasar British
-          British menggalakkan orang asing ke tanah Melayu.
-          Menimbulkan persaingan dengan penduduk tempatan.
-          Imigran menguasai bidang perlombongan, perladangan getah, dan perniagaan di Tanah Melayu.
-          Orang Melayu tidak dimajukan oleh British. Kekal dengan pertanian padi.
-          British membuka bandar baru.
-          Orang Melayu tetap tinggal di kampung.
-          Kemajuan ekonomi di bandar menjurangkan taraf hidup antara orang tempatan di luar bandar dengan imigran dan penduduk di bandar.

  1. Pendudukan Jepun
-          Konsep Kawasan Kesemakmuran Asia oleh Jepun menggalakkan orang tempatan bekerjasama dengannya.
-          Jepun berjanji untuk memerdekakan negeri Asia Tenggara.
-          Kesengsaraan hidup akibat kekurangan makanan dan ubat-ubatan serta kekejaman pentadbiran Jepun menyebabkan penduduk tempatan membenci penjajahan.

  1. Penguasaan Parti Komunis Malaya
-          Berkuasa selama 14 hari pada tahun 1945.
-          Membangkitkan semangat menentang penjajahan.
-          PKM memerintah dengan kejam.
-          Mencetuskan konflik perkauman.
-          Ramai orang Melayu terbunuh dan rumah dibakar oleh anggota PKM.
-          Orang Melayu di Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang membalas serangan PKM.

  1. Kumunculan mesin cetak
-          Menyebabkan penyebaran ilmu pengetahuan.
-          Idea menentang penjajah dapat disebarkan melalui buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain.

  1. Gerakan Pan-Islamisme Sedunia
-          Didokong oleh pelajar Islam dari seluruh dunia.
-          Membangkitkan tahap pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam untuk menentang penjajahan Barat ke atas negara Islam.
-          Gerakan reformis yang dimulakan oleh Syeikh Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti al-Azhar, Mesir tersebar luas.
-          Idea Syeikh Muhammad Abduh Disebarkan dalam majalah al-Manar.
-          Gerakan Wahabi di Arab Saudi mempunyai matlamat sama dengan gerakan reformis.

  1. Kesedaran Politik Serantau
-          Kesedaran politik di Indonesia mendorong kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu.
-          Karya orang Indonesia menjadi bacaan masyarakat di Tanah Melayu.
-          Kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu memudahkan penerimaan unsur kegiatan nasionalisme Indonesia di Tanah Melayu.










No comments:

Post a Comment