Wednesday, August 3, 2011

10 RAMUAN UBAT PENCUCI DOSA


Hassan Basri telah bercerita bahawa suatu hari dia bersama seorang pemuda ahli ibadah berkeliling melalui jalan-jalan kecil dan beberapa pekan di negeri Basrah.

Tiba-tiba ia bertemu dengan seorang tabib yang sedang duduk diatas sebuah kerusi, di hadapannya ada beberapa orang lelaki, perempuan, dan kanak-kanak yang sedang memegang botol berisi air di tangan mereka. Setiap orang meminta tabib itu menyebutkan ramuan ubat bagi penyakit masing-masing.

Hasan Basri mara ke depan tabib itu dan berkata: Tuan tabib! Adakah tuan mempunyai ubat yang boleh mencuci dosa, serta menyembuhkan penyakit hati?".

Berkata Tabib itu: "Ya, saya ada". Lalu pemuda itu berkata: "Berilah pada saya".

Berkata Tabib itu: "Ambillah dari saya sebagai ramuannya sebanyak 10 perkara iaitu:

1.    Ambil oleh mu akar kayu fakir dan akar kayu tawaduk
2.    Campurkan dengan pencuci kotoran perut bernama taubat.
3.    Lalu masukkan semua ke dalam lesung redha
4.    Giling sampai halus dengan pengetam Qana'ah.
5.    Kemudian masukkan ke dalam periuk taqwa
6.    Tuangkan ke dalamnya air hayak (malu).
7.    Lalu didihkan dengan api mahabbah (cinta).
8.    Selepas itu pindahkan dia ke dalam mangkuk syukur
9.    Kipaskan dengan kipas angin rajak (harapan).
10.    Kemudian minumlah dia dengan sudu pujian.


Jika engkau perbuat semua itu, maka dia bermanfaat bagimu, untuk melindungi dirimu dari semua penyakit serta bala di dunia dan di akhirat".


"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada
kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami." (Ali Imran :
250)

Wednesday, June 15, 2011

Aktiviti SARJANA 2011 (JUN & JULAI)

Antara aktiviti yang telah dirancangkan sepanjang bulan Jun & Julai di SARJANA:

18 Jun 2011         Hari Profesionalisme SMAN di Hotel Seri Malaysia, Ipoh

23 Jun 2011         Pertandingan Kawad Kaki NGO daerah Perak Tengah

25 Jun 2011        Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SARJANA & Mesyuarat Agong PIBG 2011

1 Julai 2011 - 3 Julai 2011  Program Kem Pendidikan Islam PMR di Amir Chalet di Sitiawan

8 Julai 2011 - 9 Julai 2011 Perhimpunan Pesilat Negeri Perak di SM Teknik Teluk Intan

Sunday, June 12, 2011

Kesalahan Pelajar Menguasai Teknik Belajar Sejarah SPM

Semasa memeriksa kertas sejarah untuk peperiksaan pertengah tahun 2011, bolehlah dibuat kesimpulan beberapa kesalahan pelajar dalam menguasai teknik belajar Sejarah SPM 2011. Antaranya:

1. Pelajar mengulang kaji di saat akhir.

2. Tidak memberi fokus semasa proses pembelajaran & pengajaran dilaksanakan di dalam kelas.

3. Menjawab soalan esei dalam bentuk jadual atau 'point' sahaja.

4. Tidak membuat rangka jawapan.

5. Tidak memahami kehendak soalan.

6.Tidak menulis nombor pecahan jawapan dalam soalan esei.

7.Tidak menguasai fakta sejarah.

8. Tulisan pelajar sukar dibaca.

9. Hilang tumpuan dan minat kerana tidak bersedia untuk semua subjek.

Anda mestilah yakin kepada keupayaan dan kebijaksanaan anda. Yang membezakan keputusan anda dengan rakan anda ialah usaha dan strategi ketika menghadapi peperiksaan. Jangan cuai dan ambil mudah bagi semua matapelajaran terutama sekali sejarah kerana ia telah dikategorikan sebagai subjek teras. Beri tumpuan di dalam kelas, berdampinglah dengan guru dan cintailah ilmu. Barulah kemanisan ilmu dapat dirasai. Kejayaan hari esok bermula dari usaha hari ini. Untuk senang kemudian hari bersusahlah sedikit diwaktu sekarang. Selamat belajar dan semoga berjaya.....

Wednesday, March 9, 2011

KHABAR DARI SARJANA (Edisi 8)

WARDEN SARJANA 2011
A.F. Ustaz Hamdan B. Abdul  Aziz
(Ketua Warden)

A.F. Ustaz  Muhammad Hafiz B. Khushairi
(Biro Kebersihan)
En. Meor Mohamad Hakim B. Meor Lot
(Biro Keselamatan)
Pn. Fadzillah Bt. Hj. Salleh
(Biro Disiplin)
Pn. Nur Hedzlin Bt. Omar
(Biro Pendidikan)
Cik. Siti Noryawati Bt. Mohd Ariffin
(Biro Makanan)
Cik Nurul Syuhaiza Bt. Mohamad Kasmin
(Biro Sukan)

Cik Nabilatul Husna Bt. Azlan Hasni
(Biro Kebajikan)

En. Mohd Adzha Bin Abdul Manan
(Biro Makanan)
A.F. Muhammad Fahmi B. Mohamed Amin
(Biro Kerohanian)
Cik Sa'adiah Bt. Shaari
(Biro Kebersihan)





































































































































Tuesday, March 8, 2011

Gerak Pendekar (Tempur Bersenjata)


video video
     Tempur Bersenjata Gayong Pusaka                                    Tempur Bersenjata Silat Lincah

Rilex Minda

Peringatan buat anak.....


video

Dari Guru Untuk Muridku (Bimbingan SPM 2011)

SOALAN SEJARAH PILIHAN MINGGU INI

(Bab 1 Sejarah Tingkatan 4)


1          (a)        Bagaimanakah pengaruh Hindu dan Buddha tersebar ke Asia Tenggara?

.................................................................................................................................

                      .................................................................................................................................
   [2 markah]
           

(b)        Apakah yang dimaksudkan dengan orde kosmos?

(i)         ......................................................................................................................
(ii)        ......................................................................................................................
                                                                                                    [2 markah]


(c)                Namakan dua kumpulan anak raja dalam pentadbiran pusat di Srivijaya.

(i)         .......................................................................................................................
(ii)        .......................................................................................................................
                                                                                                      [2 markah]


(d)        Jelaskan kepentingan bahasa Sanskrit pada zaman kerajaan awal di Asia Tenggara.

....................................................................................................................................

....................................................................................................................................

....................................................................................................................................
                                                                                                      [4 markah]

Skema jawapan struktur
(a)  Bagaimanakah pengaruh Hindu dan Buddha tersebar ke Asia Tenggara?

-                     Ksyatria/ tentera
-                     Vaisya/ pedagang
-                     Brahmin/ pendeta
-                     Asimilasi
(1 fakta 1m = 2 markah)


(b)        Apakah yang dimaksudkan dengan order kosmos?

-                     negara dianggap sebagai suatu alam semesta
-                     raja ialah pusat alam
-                     ibu kota pusat pemerintahan
-                     raja bertanggungjawab mengatur kesejahteraan negara dan rakyat (berpandukan Dharma)
                                                                                                     (1 fakta 1m = 2 markah)



(c)                Namakan dua kumpulan anak raja dalam pentadbiran pusat di Srivijaya.

-                     Yuvaraja
-                     Pratiyuvaraja
-                     Raja Kumara
-                     Rajaputra
                                                                                                     (1 fakta 1m = 2 markah)
 

(d)        Jelaskan kepentingan bahasa Sanskrit pada zaman kerajaan awal di Asia Tenggara.

-                     sebagai bahasa intelek
-                     sebagai bahasa ilmu / komunikasi
-                     menjelaskan keturunan raja / Batu Bersurat Kutei
-                     ajaran Buddha / Batu Bersurat Sungai Mas
-                     larangan menderhaka kepada raja /  inskripsi di Palembang
-                     arahan kepada rakyat / Batu Bersurat Lembah Bujang
-                     penyerapan perkataan Sanskrit ke dalam Bahasa Melayu
                                                                                                      (1 fakta 1m = 4 markah)







KHABAR DARI SARJANA (Edisi 7)

KENALI GURU SARJANA 2011

Tuan haji Omar Bin Bakar, A.M.P., P.P.T
(Pengetua SARJANA)
A.F. Ustaz Jamil B. Haji Salleh
(Penolong Kanan Pentadbiran)
En. Arshad Bin Haji Ahmad
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

En. Mohd Ishar Bin Saharudin
(Penolong Kanan Kokurikulum)

A.F. Ustaz Mohd Kamal Bin Haji Salleh
(Guru Disiplin SARJANA)

A.F. Ustaz Hamdan Bin Abdul Aziz
(Ketua Warden SARJANA)

Tuesday, March 1, 2011

1st Generation BINGKAS 2009

video

MOTIVASI SARJANA

video

Pendekar SARJANA

video

Nota Buat Muridku (SEJARAH TING. 4 BAB 3) Siri 2

B. PENGARUH AGAMA HINDU & BUDDHA DALAM KERAJAAN AWAL
CARA PENGARUH & RUANG PENGARUH


Cara kedatangan Hindu & Buddha

P1-Melalui Ksyatria atau tentera  (penaklukan)                            P3-Dibawa oleh gol. Pedagang atau vaisya.
P2-Dibawa oleh golongan Brahmin atau pendeta                       P4-aspek budaya India disesuaikan dgn. budaya  tempatan


Pengaruh dlm. Pemerintahan

1. Herarki:  a. Raja        b.  Pembesar (Brahmin)    c.  Rakyat       d. Hamba
2. Raja berkuasa mutlak & setiap perintah menjadi undang-undang.
3. Raja merupakan bayangan Tuhan dan memiliki kesaktian.
4. Unsur mitos dan lagenda serta adat istiadat mengukuhkan institusi raja.
5. Kota atau istana melambangkan konsep alam (orde kosmos). Cth; Raja  Suryavarman II membina Angkor Wat.
6. Tumpuan kpd: Kerajaan Srivijaya ***


Kesenian & Kesusasteraan

1. Candi (rumah ibadat) berfungsi utk.menyimpan abu mayat Raja & menyimpan patung dewa utama.
2. Istilah candi digunakan di Indonesia, Stupa di Burma & wat di Thailand, Kemboja  & Vietnam.
3. Cth: Candi Dieng, Candi Borobodur, Angkor Wat & Candi Lembah Bujang.


4. Patung Avalokitesvara (Buddha), patung dewa (Vishnu, Siva, Brahma. Durga & Lingga) utk Hindu. Ukirannya adalah asimilasi India dan Asia Tenggara.
5. Bahasa Sanskrit  merupakan bahasa utama dan bahasa intelek berdasarkan batu bersurat di Kutei (keturunan Raja) & di Sg Mas (Kedah Tua) tentang agama Buddha.
6. Bahasa Sanskrit diasimilasikan dalam Bahasa Melayu: Dosa, Duka, Derhaka, Senggara & Manusia.
7.Epik Ramayana, Mahabharata serta Puranas adalah asas kepada kesusasteraan klasik Asia Tenggara. Cth: Prosa Jawa – Nagarakertagama, Sutasoma, Arjunawiwaha & Kunjarkarna.
8. Daripada Mahabharata lahir karya seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa Jaya & Hikayat Sang Samba. Melalui epik Ramayana lahirlah Hikayat Seri Rama.

Dari Guru Untuk Muridku (Ujian Selaras 1 Tingkatan 5)

Arahan: Jawab semua soalan
1.      Definisi imperialisme
Dasar sebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu
                                                                                                             (3 markah)         
2.      Senaraikan tiga kuasa imperialis Barat di Asia Tenggara.
a.      British
b.      Belanda
c.      Peranchis 
                                                                                                       (6 markah)
3.      Berikan 5 faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara
a.     Revolusi Perindustrian
b.     Kekayaan bahan mentah
c.      _Perhubungan & pengangkutan
d.      Persaingan kuasa-kuasa Barat
e.      Beban orang putih & tugas menyebarkan tamadun
                                                                                                        (10 markah) 

4.      Senaraikan dua slogan yang digunakan oleh imperialis Barat untuk menjajah di Asia Tenggara.
a.      Beban orang putih
b.      _Tugas menyebarkan tamadun
                                                                                                         (4 markah)
5.      Senaraikan lima ciri-ciri umum Birokrasi Barat di Asia Tenggara.
a.      Pentadbiran pusat
b.        Diketua oleh Gabenor Jeneral
c.      Pentadbbiran melalui biro_
d.      pegawai barat ketua Biro_
e.      Undang-undang barat
                                                                                                             (10 markah)
6.      Nyatakan perbezaan antara:
i.         encomienda: Barangay-barangay yang digabungkan
ii.    encomiendaro: Ketua pentadbiran encomienda
                                                                                                              (4 markah)
7.      Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme
Perasaan cinta akan bangsa dan negara hingga membawa kepada gerakan membebaskan tanahair
                                                                                                                    (3 markah)
8.      Senaraikan empat ciri gerakan nasionalisme tahap pertama di Asia Tenggara.
a.     Bersifat setempat
b.    Bersifat terbuka
c.      Pimpinan golongan berpendidikan Barat & Timur Tengah
d.      Matlamat: hak peribumi dan ekonomi tempatan
                                                                                                               (4 markah)
9.      Nyatakan tiga jenis sistem pentadbiran British di Tanah Melayu.
a.      Negeri-negeri Selat
b.      Negeri-negeri melayu bersekutu
c.      Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu_
                                                                                                              (6 markah) 

KHABAR DARI SARJANA (Edisi 6)

KEM JATIDIRI FASA 2  telah berjaya melakar sejarah yang tersendiri dengan disertai oleh 74 orang pelajar perempuan tingkatan 1 (2011) dan sekali lagi khidmat co-motivator pakar yang terdiri dari pelajar puteri tingkatan 4 digunakan dan telah berjaya dilaksanakan dengan sukses. Seramai orang 8 orang guru terlibat dalam program ini iaitu diterajui oleh Cikgu Haniza, Teacher Syu, Teacher Noya, Cikgu Umieeeee.... Cikgu Meor, Ustaz Hafiz, Cikgu Hadi. Turut juga memberi sumbangan ialah suami Cikgu Hanniza. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya I.Q Genius, Hud-hud, LDK dan banyak lagi. Syukur kepada Allah, tidak berlaku insiden yang tidak diingini. Tahniah buat semua yang terlibat. Kejayaan Kem Jatidiri  Fasa 2 adalah kejayaan kita bersama. You're the....... best! best! best!

Calon-calon menantu Pakcik Zaini

Pelbagai Reaksi

Amanat dari Tuan Pengetua


Kami berjaya


You're the best facilitator

Orang-orang kuat Kem Jatidiri Fasa 2


Sempat lagi berposing


Cikgu Umie: Inilah akibat makan di Kem Jatidiri 


Khusyuk



Hud.... Huuuuud......

Sesi patah jari ngan Cikgu Hadi


Sesi LDK

Sedia Berkhidmat



Semangat Setiakawan



Nampak senang, mari try tengoook....

Juri profesional pakar matematik


Apa yang penting.... KERJASAMA

Sesi Refleksi & Relexi

Sentiasa bersemangat

KLCC versi SARJANA

Bab menyanyi memang poweeeer !!!!

Letih tetapi berbaloi..

Kreatif

Sarjana Motivation Team...... Nahwal Imtiyaaaaaaaaaaaaaazzzzzzzzz.